Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.
Terdapat 4 modul bagi program iaitu Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.
Permohonan Kemasukan
Permohonan kemasukan dibuka secara atas talian melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my bagi program-program seperti di bawah:
Sijil Kolej Komuniti
Sijil Kemahiran Khas (ketidakupayaan pendengaran) Politeknik
Pra Diploma Politeknik
Diploma Politeknik
Diploma Kolej Komuniti